menurut saya, Jika kaunselor hanya menjalankan aktivitas bermusim atau terlalu banyak terlibat
dengan aktivitas pentadbiran, perundingan atau pengembangan di luar sekolah, besar
kemungkinan kaunselor seperti ini akan dilihat oleh anggota lain di sekolah sebagai tidak
memahami aspirasi mereka terhadap perkhidmatan ini. artinya, adalah menjadi harapan
komuniti sekolah supaya setiap hari mesti menjalankan sesi kaunseling peribadi. Para
kaunselor pula tentu akan menuntut supaya pihak sekolah memberikan masa yang
mencukupi untuk mereka melaksanakan khidmatan kaunseling individu. Beban
pengajaran hendaklah berpatutan untuk menggalakkan mereka melaksanakannya.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kaunselor di sekolah-sekolah di
Malaysia beruntung kerana para pengetua telah memberikan sokongan yang sangat kuat
terhadap kaunselor. Dalam aspek perkhidmatan tertentu, sikap pengetua lebih positif
berbanding dengan kaunselor sendiri. Pendapat kaunselor dan pendapat pengetua berada
dalam satu kumpulan manakala pelajar dan guru biasa berada dalam satu kumpulan pula.
Ini membawa implikasi bahawa kaunselor mendapat sokongan daripada autoriti di
sekolah. Peluang ini wajar dimanfaatkan oleh para kaunselor untuk memperkembangkan
perkhidmatan kaunseling dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk kumpulan sasar mereka.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar